Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isu Ketirisan Minyak Masak...

Kota Bharu : Kerajaan memandang serius mengenai ketirisan minyak masak bersubsidi yang mengalir...

9 Persatuan Anjur Ulang...

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti sembilan persatuan yang terlibat dalam penganjuran...

Lulusan UEC Sila Belajar...

KUALA LUMPUR - "Kepada Christina Liew dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga...

JAWI Diarah Bantu Urus...

KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

KKM Berdepan Masalah Logistik Untuk Hantar PPE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan masalah mengagihkan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ke hospital dan klinik yang memerlukan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan pihaknya tidak berdepan masalah kekurangan PPE, sebaliknya hanya masalah penghantaran.

“Pada mulanya kita memang kekurangan tetapi masalah itu sudah selesai. Masalah sekarang adalah penghantaran ke hospital dan klinik yang memerlukan.

“Kita sedang berusaha memastikan masalah ini dapat diatasi terutama untuk menghantar bekalan PPE khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya menerima sumbangan lebih 50,000 topeng muka dan PPE, selain setengah juta topeng muka dari China.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, setakat ini, keputusan penggunaan kit ujian pengesanan antigen dari Korea Selatan yang dilaksanakan semalam mendapati ketepatannya hanya pada tahap 56.6 peratus.


Beliau berkata, setiap kit ujian perlu mencapai keputusan antara 75 hingga 80 peratus baru ia boleh digunakan.

“Jadi kita tunggu untuk menggunakan ‘fluorescent reader’, bila (ia mencapai) ketepatannya mencecah 75 hingga 80 peratus baru kita gunakan,” katanya.

Pada 28 Mac lalu, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, KKM sudah menerima kit ujian pengesanan antigen dari Korea Selatan bagi mengesahkan jangkitan COVID-19 setiap penghidap.

Beliau dilaporkan berkata jumlah kit ujian pengesanan antigen itu akan ditambah 200,000 unit lagi, jika terbukti berkesan dengan setiap unit kit itu bernilai antara AS$5 hingga AS$6 (antara RM21.64 hingga RM25.97). – BH Online

Kategori