Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Liow: Fasa Pertama Pencarian...

GEORGETOWN - Fasa pertama pencarian pesawat MH370 meliputi keluasan 60,000 kilometer persegi akan...

Melaka United Tak Pernah...

MELAKA – Melaka United, yang kini berada zon penyingkiran Liga Super, tidak pernah menunding jari kepada bekas ketua jurulatih Eric...

Koronavirus: HKL Siasat Remaja...

PUTRAJAYA - Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan siasatan terhadap seorang remaja warga Kanada...

7 Bukti Mat Salleh...

SELEPAS gagal dalam beberapa siri percintaan termasuk bersama pelakon Johan Asari, Lana Nordin akhirnya...

KKM Sahkan Terowong Disinfeksi Tak Mampu Bunuh Covid-19

PUTRAJAYA – Penggunaan terowong disinfeksi bagi proses nyah kuman disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mampu membunuh koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan peralatan itu boleh mendatangkan kemudaratan.

“Justeru KKM tidak menyarankan penggunaannya sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan Covid-19 terhadap manusia,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah menerima beberapa permohonan bagi tujuan pengesahan penggunaan terowong disinfeksi dan peralatan seumpamanya.

“Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM telah melakukan penilaian terhadap beberapa model terowong disinfeksi seperti kebuk (chamber), gerbang, ‘booth’ dan ‘partition’ yang mempunyai fungsi sama menyahkuman terhadap manusia,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati proses nyah kuman oleh peralatan yang dinilai melibatkan seseorang melalui peralatan tersebut untuk tempoh 20 hingga 30 saat di mana individu akan disembur menggunakan bahan kimia.


“Kesemua model yang telah dikaji menggunakan bahan kimia berlainan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil penilaian mendapati bahawa tiada bukti untuk menunjukkan bahawa peralatan tersebut berkesan dalam mengurangkan jangkitan Covid-19.

“Jangka masa 20 hingga 30 saat tidak memadai untuk proses nyah kuman yang berkesan dan ianya juga tidak boleh membunuh kuman di dalam badan manusia.

“Tambahan pula bahan kimia yang digunakan boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (membrane mucosa) seperti di mata dan mulut,” katanya. – Sinar Harian

Kategori