Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Khalid Ibrahim Nafi Mahu...

BEKAS Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan khabar angin mengatakan...

Bunuh Siti Kharina: Polis...

SHAH ALAM - Polis Selangor tidak akan berkompromi dengan masalah pendatang asing tanpa...

Nahas Bas Di Chiang...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Thailand kerana membantu...

JDT Kuasai Pemain Termahal...

KUALA LUMPUR – Penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo dinobatkan...

KKMM Lulus Dana RM1.32 Juta Bantu Penerbit Filem

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan pemberian dana sebanyak RM1.32 juta sebagai Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) kepada penerbit filem tempatan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pemberian dana itu adalah sebagai maklum balas kepada cadangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penerbit filem terus menghasilkan filem tempatan.

“Justeru, setelah berbincang dengan pengurusan tertinggi KKMM, saya dengan ini meluluskan dana tersebut kepada sebilangan syarikat yang layak. Pengurusan Finas akan menghubungi syarikat-syarikat berkenaan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, beliau berharap insentif itu dapat membantu penggiat seni tanah air terus menerbit dan memasarkan hasil karya filem untuk pasaran tempatan dan global.

Katanya, beliau akan mengadakan siri perbincangan dengan pelbagai pemegang kepentingan dan meneliti beberapa laporan penting dalam usaha bersepadu untuk memperkasa industri kreatif negara. 

Kategori