Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

10 Rahsia Masakan Untuk...

MAKANAN yang sihat bermula daripada cara masakannya, kerana banyak bahan makanan yang sihat...

Azwan Ali Teringin Jadi...

KUALA LUMPUR – Selebriti kontroversi yang juga calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri...

TM Tidak Jangka GST...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) tidak menjangka langganan perkhidmatannya akan merosot...

Kerjasama PAS Bukan Bersifat...

KUANTAN - PAS bukan parti bersifat inklusif tetapi sedia membuka ruang kepada semua...

Konsep E-Bazar Guna E-Hailing Saja Dibenarkan

KUALA LUMPUR – Kabinet meluluskan penganjuran e-bazar menerusi pesanan yang dibuat dalam talian dan dihantar menggunakan kemudahan e-hailing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dua lagi konsep e-bazar, iaitu pandu lalu dan ambil pesanan yang ditempah di gerai belum diluluskan serta masih diperhalusi.

“Dua lagi konsep ini, Kabinet meminta terus diperhalusi kerana kebimbangan kita jumlah kenderaan yang terbabit apabila konsep pandu lalu diperkenalkan, saya percaya akan ramai keluar serentak,” katanya pada sidang medianya, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata, dua lagi konsep itu didapati menyukarkan pihak polis dalam melakukan kawalan lalu lintas, selain membuka ruang kepada orang ramai memberi alasan mudah untuk keluar.

“Alasan baharu untuk ambil produk yang dipesan ini akan menyukarkan polis. Lebih banyak alasan diberikan oleh mereka yang agak sukar patuh PKP.

“Setakat ini, kita setuju satu saja yang lain kita minta diperhalusi,” katanya. – BH Online

Kategori