MOSCOW – Jumlah kematian COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan peningkatan, kini melebihi 22,000 orang manakala bilangan kes melonjak lebih 555,300, lapor agensi berita Sputnik.
Sehingga 04:00 waktu Moscow pada Isnin (01:00 GMT) terdapat 555,313 kes termasuk 22,020 kematian.
Dua jam sebelum itu, jumlah kes sebanyak 554,226 manakala angka korban seramai 21,994 orang. Di New York sahaja seramai 6,898 orang menjadi korban, menurut data Johns Hopkins University.
Lebih 92,000 orang dimasukkan ke hospital sementara lebih pesakit 32,900 sembuh.
AS kini menjadi negara pertama di dunia yang mencatatkan jumlah korban dan kes COVID-19 paling banyak diikuti Sepanyol (lebih 166,800 kes dan lebih 17,200 kematian) dan Itali (lebih 156,300 kes dan lebih 19,800 kematian).
Pada Sabtu, Presiden Donald Trump meluluskan pengisytiharan darurat Wyoming di seluruh negeri dan wilayah, pertama kali dalam sejarah AS.