Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rusia Umum Fasa Pertama...

LVIV : Jeneral Tentera Rusia mendakwa ‘fasa pertama’ pelan ketenteraan Rusia sudah berjaya...

Zul Ariffin Akui Sudah...

RAMAI yang sudah mengesyaki bahawa hubungan Zul Ariffin bersama Gayatri mungkin sudah berakhir setelah...

PAC Bakal Bicara Laporan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan mengadakan prosiding berhubung...

Perintah Beku Tiga Akaun...

MAHKAMAH Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini mengekalkan perintah membekukan tiga akaun bank...

Lanjut PKP Bergantung Kepada Penilaian KKM

PUTRAJAYA – Keputusan sama ada Perintah Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau sebaliknya selepas 14 April ini bergantung kepada penilaian Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkembangan semasa kes positif wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya trend jumlah yang positif pandemik itu tidak menaik dan mendatar seperti yang direkodkan ketika ini ditambah dengan kepatuhan rakyat terhadap PKP, kemungkinan pelaksanaan itu tidak akan dilanjutkan.

“Sama ada kita akan teruskan atau tidak PKP kedua ini, belum dipastikan. Belum diputuskan.

“Tetapi Alhamdulillah kalau kita lihat daripada laporan KKM, trend dari segi jumlah positif itu tidak menaik tetapi masih mendatar dan kita doakan jika kepatuhan kepada PKP diikuti dengan baik, saya percaya bukan sahaja setakat mendatar tapi mungkin akan menurun.

“Kita doakan perkara itu berlaku (penurunan kes positif),” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan sudah mempunyai status di mana PKP akan dilanjutkan selepas 14 April nanti.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, penilaian sama ada PKP itu dilanjutkan untuk satu tempoh masa lagi akan ditentukan oleh KKM setelah membuat penilaian mengenai wabak itu di negara ini.

“Keputusan untuk meneruskan atau tidak akan diputuskan oleh KKM,” katanya. – Sinar Harian

Kategori