Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Sisa Kondom, Katil Berselerak...

Sisa kondom terpakai, alat pelincir dan katil yang tidak terurus terus ditinggalkan pelacur...

Mahathir Boleh Bersama BN,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh menubuhkan sebuah kerajaan...

Tentera Lancar Rampasan Kuasa...

ANKARA - Tentera Turki melancarkan rampasan kuasa di negara ini pada Jumaat, dengan...

Anwar Jadi Menteri Kewangan...

ALKISAH Mahathir Mohamad pernah berulang kali mendakwa Anwar Ibrahim seorang yang tidak tahu...

Masjidil Haram, Masjid Nabawi Akan Dibuka Tak Lama Lagi

RIYADH – Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas krisis koronavirus (Covid-19) ditangani.

Perkara itu diumumkan Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter Haramain.info hari ini.

“Saya bawa khabar gembira kepada umat Islam bahawa keadaan akan kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Dua masjid suci akan dibuka untuk Tawaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Atas dasar ini, kita tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” katanya.

Imam Besar Masjidil Haram itu turut meminta umat Islam mendoakan agar situasi pandemik ini cepat berakhir.


“Sekali lagi, kami menyeru umat Islam berdoa agar pandemik ini selesai, berdoa kepada kebaikan pemimpin (penjaga dua masjid suci) dan menerima apa dilakukan ini adalah yang terbaik. Semoga ALLAH melindungi mereka,” katanya.

Arab Saudi sebelum ini menggantung sementara solat Tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah serta ibadah umrah bagi mengekang penularan Covid-19.

Sehingga hari ini, Arab Saudi mencatat sebanyak 20,077 kes jangkitan Covid-19.

Kategori