KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerima 18,650 permohonan secara dalam talian daripada syarikat yang memohon beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 berakhir 28 April 2020.
Menteri Kanan yang juga Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata jumlah permohonan itu diperoleh selepas sistem itu ditambah baik.
“Kita mengambil maklum masalah trafik tinggi yang berlaku pada hari pertama permohonan dibuka kerana sistem tidak dapat menampung jumlah akses individu dan syarikat.
“Kita dapati 52 peratus dari jumlah permohonan datangnya dari individu, bukannya syarikat.
“Sehubungan itu, MITI berbincang dengan Cyber Security Malaysia dan Telekom Malaysia (TM) dan dalam tempoh kurang 24 jam sistem ditambah baik,” katanya.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
Mohamed Azmin berkata, permohonan syarikat beroperasi bagi PKP Fasa 3 melebihi jumlah permohonan bagi dua fasa PKP sebelum ini.
“Dalam tempoh enam hari permohonan PKP Fasa 1 dan 2 dibuka sebanyak 12,360 permohonan diproses, tetapi untuk Fasa 3, kita menerima lebih banyak permohonan, sebagai bukti sistem kita sudah diperkemaskan,” katanya hari ini. – BH Online