MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) sedang menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) lebih lengkap mengenai kemungkinan memberi kelonggaran kepada penduduk di kawasan zon hijau.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini, mereka berada dalam peringkat akhir untuk menyediakan SOP itu.
“SOP tetap perlu dipatuhi. Sebagai contoh di kawasan tertutup atau ‘gated area’, ia seperti kawasan universiti, katakan perumahan seperti PPR berpagar dan sebagainya.
“Selepas sebulan lebih tidak dibenarkan keluar tidak ada gejala pun dalam kalangan mereka, jadi mungkin kita akan benarkan mereka keluar untuk membawa anak ke bawah.
Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516
“Namun, mereka tidak boleh keluar dari kawasan perumahan itu. Kami akan keluarkan SOP, mungkin mengikut blok atau masa.. Ini semua sedang dirangka oleh MKN,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan sedang mendapatkan input daripada seluruh kementerian supaya SOP yang akan dikeluarkan lebih menyeluruh.
“Insha Allah, saya percaya minggu depan kita boleh memuktamadkan SOP yang sedang dikaji MKN bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya akan umumkan nanti,” katanya. – myMetro Online