Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

1MDB Modal Pembangkang Yang...

KUALA LUMPUR - Pembangkang masih sibuk dengan isu 1MDB kerana kekeringan isu untuk...

Dua Rakan Didakwa Samun...

KUALA LUMPUR - Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

‘ASP’ Kaki Pinjam Akhirnya...

ALOR GAJAH - Padah menggunakan identiti ASP Azizul Abu Hanifah bin Tan Sri...

Hujan Meteor Delta Aquariids...

PUTRAJAYA : Rakyat Malaysia terutama para peminat bidang falak berpeluang menyaksikan kemuncak curahan...

Muhyiddin, Mahmoud Abbas Bincang COVID-19 Menerusi Telefon

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan perbincangan menerusi telefon, berkaitan beberapa isu termasuk hubungan dua hala dan wabak COVID-19, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

Mahmoud turut mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan menekankan mengenai pentingnya meningkatkan kerjasama serta hubungan dua hala kedua-dua negara.

Presiden itu turut menzahirkan harapannya, kerajaan dan rakyat Malaysia berjaya mengharungi perjuangan memerangi wabak COVID-19, sambil menekankan kesediaan Palestin meneruskan kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Muhyiddin turut menyuarakan sokongan Malaysia terhadap isu Palestin, dan hasrat meneruskan jalinan kerjasama untuk mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Beliau turut mempelawa Abbas melawat Malaysia selepas berakhirnya krisis COVID-19, dan mendoakan keamanan, keselamatan rakyat Palestin dan mereka mencapai impian untuk membentuk perpaduan, meraih kebebasan dan kemerdekaan.

Kategori