Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Agong Berkenan Lawat Hospital...

KOTA KINABALU - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Premis YaPIEM Gold Dibuka...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) bakal mengadakan kerjasama dengan...

Netizen Minta Wanita Maki...

BERANG dikenakan saman kerana memandu di lorong kecemasan, seorang wanita tergamak memuat naik status...

Muhammad Afiq Puas Hati...

BRISBANE - Meskipun gagal meraih pingat pada aksi sulungnya hari ini, pelumba berbasikal...

Pasar Raya Wajib Kekalkan SOP

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memastikan semua pasar raya terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun berlaku peningkatan pelanggan susulan keputusan membenarkan dua individu di dalam satu kenderaan bermula semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengurusan pasar raya perlu menetapkan penjarakan sosial dan mengehadkan jumlah pelanggan.

Beliau juga percaya SOP berkenaan dikekalkan tetapi barisan mungkin bertambah.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Kita akan memastikan mereka mengekalkan SOP. Saya harap kalau yang hantar isteri berbelanja, suami boleh tunggu dalam kereta.

“Jika tidak, barisan akan panjang dan waktu menunggu akan lebih lama,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Jelas beliau, keputusan kerajaan memberi kelonggaran selepas mempertimbangkan isu-isu berbangkit bagi memudahkan masyarakat dan mengambil kira trend kes positif Covid-19 yang dilihat menurun dan melandai.


“Kita tetapkan satu orang satu kenderaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini kerana kes positif masih tinggi.

“Banyak aduan yang diterima apabila pemandu terpaksa bersendiri. Di Kuala Lumpur terdapat masalah parkir.

“Ada juga yang isteri bekerja tetapi tidak boleh memandu jadi suami terpaksa hantar ke tempat kerja dan sebagainya,” katanya.

Kategori