Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MCA Rayu Pengundi Cina...

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru pengundi Cina...

Malaysia Tuan Rumah Sukan...

HANOI : Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) hari ini memilih Malaysia sebagai tuan rumah...

E-mel Menang Hadiah TNB...

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta tidak mempercayai e-mel yang mendakwa kononnya mereka...

Babak Drama Fail! Pelakon...

Bagi penonton yang peka, kesilapan kontinuiti atau goofs adalah perkara biasa dalam drama...

PBB Gesa Bangladesh Terima Pelarian Rohingya

DHAKA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa Bangladesh menerima pelarian Rohingya yang kini terkandas di laut berikutan kebanyakan negara kini berdepan pandemik COVID-19 dan tidak dapat membantu.

Pesuruhjaya Tinggi hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet, memberi amaran akan berlaku tragedi kemanusiaan yang dahsyat sekiranya dua kapal berisi pelarian yang kebuluran itu tidak dibantu segera.

Beliau juga membuat rayuan kepada kerajaan Bangladesh selepas juga Menteri Luarnya, AK Abdul Momen, berkata negaranya tidak bersedia menerima pelarian terbabit.

Kenyataan beliau pada minggu lalu itu mencetuskan kejutan kerana hanya beberapa hari sebelum itu beberapa puluhan Rohingya dikatakan maut di atas bot yang terkandas selama dua bulan di laut.

Dua bot berkenaan dipercayai berada di perairan antarabangsa dengan harapan dapat mendarat di Malaysia, namun dinafikan peluang itu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Pasukan keselamatan Malaysia juga meningkatkan rondaan kerana menjangkakan cubaan penyeludupan manusia memasuki negara akan meningkat berikutan ada pihak mengambil kesempatan ketika dunia berhadapan pandemik COVID-19.

Kira-kira satu juta etnik Rohingya yang kini berada di kem pelarian di Bangladesh selepas melarikan diri daripada tentera di Myanmar, memilih ke untuk ke Malaysia kerana ia negara majoriti Islam dengan lebih banyak peluang kerja.


Sementara itu, jurucakap pengawal pantai Bangladesh berkata sejak usaha membantu kapal memukat ikan yang membawa 396 yang pelarian kelaparan pada 15 April lalu, kapal berkenaan tidak kelihatan lagi.

Menurut Leftenan Komander Hamidul Islam, kapal dan helikopter Bangladesh sudah melakukan operasi pencarian besar-besaran di Teluk Benggala selama 10 hari, namun gagal menemuinya.

Kementerian Luar Bangladesh pula Khamis lalu memaklumkan bahawa tentera laut dan pengawal pantai diarahkan tidak membenarkan bot berkenaan memasuki negara itu.

Amnesty International berkata pihak percaya sekurang-kurangnya tiga kali bot berkenaan terkandas selama beberapa minggu tanpa makanan dan air di laut, sekali gus mengundang risiko kematian yang tinggi kepada penumpangnya. – Agensi

Kategori