KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membidas tindakan segelintir peguam yang mempersoalkan tindakan polis dalam melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini kerana terdapat segelintir peguam dan badan guaman yang menganggap kononnya tindakan tangkapan oleh polis sebagai berlebihan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pada masa ini seluruh dunia berusaha mengekang penularan wabak COVID-19 dan Malaysia tidak boleh mengambil mudah perkara itu.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Mereka mungkin menganggap kesalahan yang dilakukan oleh individu yang mengingkari arahan PKP ini sebagai kesalahan kecil tetapi kalau tak diambil secara serius akan mendatangkan kesan buruk.
“Kesannya, wabak ini akan mula menular dan merebak sehingga pandemik ini menjadi susah hendak dikawal yang akhirnya mendatangkan bahaya kepada masyarakat,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini, hari ini.
Huzir berkata, beliau turut membidas tindakan segelintir peguam terbabit yang hanya pandai mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial namun sebaliknya mereka tidak memahami situasi dan kesan bahaya kepada rakyat negara ini.
Huzir berkata, setiap tindakan tangkapan oleh polis terhadap pesalah individu dilakukan selepas mereka dipastikan benar-benar bersalah melanggar arahan PKP.
Sejak 18 Mac lalu hingga semalam, PDRM merekodkan 14,992 tangkapan di seluruh negara terhadap individu yang mengingkari arahan PKP. – BH Online