Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

UMK Bantu Jana Pertumbuhan...

BACHOK - Peruntukan berjumlah RM350 juta untuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di bawah...

Koronavirus: Angka Kematian Meningkat...

BEIJING - Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 106 orang...

China Hantar Pakar, Peralatan...

SHANGHAI - Penerbangan sewa khas yang membawa 12 pakar perubatan China serta lebih...

KPM Terima 19 Aduan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan menerima sebanyak 19 aduan berkaitan kes...

Pelajar IPT Dilarang Pulang Ke Zon Merah, PKPD

KUALA LUMPUR – Penuntut institut pengajian tinggi (IPT) tetap dilarang pulang ke rumah masing-masing sekiranya berada di zon merah dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penuntut yang berada di zon merah ketika kuarantin di kampus juga tidak dibenarkan pulang ke rumah walaupun berada dalam zon hijau.

Bagaimanapun, katanya, mereka dibenarkan pulang ke rumah ahli keluarga terdekat seperti abang atau kakak yang berada dalam zon hijau.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Jika pelajar terbabit berada di universiti atau menyewa rumah dalam zon merah dan ingin pulang ke zon hijau, itu tidak dibenarkan.

“Sama juga jika hendak balik ke kediaman dalam kawasan PKPD, juga tidak dibenarkan.


“Bagaimanapun, kita sudah bincangkan dan mereka boleh balik ke rumah ahli keluarga terdekat seperti abang atau kakak di zon hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini. – BH Online

Kategori