Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Laporan Interim Belum Boleh...

PETALING JAYA - Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee menjelaskan bahawa...

Tak Ada Bangganya Berlagak...

TAK kiralah sama ada kagum dengan watak Al Pacino dalam Scarface atau Edward...

Fasa Pembaharuan Parti Kini...

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi (MT) yang membenarkan...

Perhimpunan Haram ‘Black Democracy’...

IPOH - Semua kawasan yang menjadi sasaran utama lokasi perhimpunan haram 'Black Democracy'...

Penduduk KL Mula Terima Topeng Muka Percuma

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1.7 juta penutup hidung dan mulut mula diedarkan secara percuma kepada setiap isi rumah di ibu negara termasuk kawasan perumahan awam, projek perumahan rakyat dan penempatan sementara gelandangan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata pengagihan penutup hidung dan mulut itu membabitkan empat zon perumahan awam dan 366 persatuan penduduk, yang mula diedarkan pada 10 April lalu.

“Penutup hidung dan mulut itu diedarkan kepada persatuan penduduk melalui pejabat cawangan DBKL di 11 kawasan Parlimen yang berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Pada 8 April lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sejumlah 24.62 juta penutup hidung dan mulut sedang dalam proses pengedaran kepada setiap rakyat secara percuma di seluruh negara dengan setiap isi rumah menerima empat keping penutup hidung dan mulut.

Pengagihan penutup hidung dan mulut itu turut dikongsi Pengerusi Persatuan Penduduk Damai Bakti di Alam Damai, Cheras, Zariffuddin Othman, 61, yang mengedarkan pemberian kerajaan kepada 210 unit rumah di taman perumahan berkenaan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Petang Ahad saya dapat panggilan daripada DBKL Cawangan Bandar Tun Razak bertanyakan jumlah unit rumah di kawasan penduduk saya dan pagi semalam, saya ke cawangan itu dan mereka memberikan 16 kotak untuk diagihkan.

“Kemudian saya sendiri membahagikan empat keping penutup hidung dan mulut itu ke dalam satu plastik serta mengedarkan kepada beberapa wakil jalan dan lorong di Damai Bakti untuk diagihkan kepada jiran berhampiran pagi tadi,” katanya.


Zariffuddin berkata beliau dan wakil yang dipilih mengagihkan penutup hidung dan mulut itu kepada setiap rumah sambil mengambil langkah keselamatan termasuk menjaga jarakan sosial serta menggunakan cecair pembasmi kuman.

Sekiranya tuan rumah tiada, bungkusan penutup mulut dan hidung itu akan dimasukkan ke dalam peti surat dan memaklumkan pengagihan tersebut dalam aplikasi WhatsApp kumpulan penduduk Damai Bakti.

Beliau berkata rata-rata penduduk bersyukur dan menganggap pemberian penutup hidung dan mulut itu dapat membantu mereka yang kehabisan stok kerana sering menggunakannya sejak penularan COVID-19 di negara ini.

“Walaupun hanya empat keping penutup muka diedarkan bagi setiap rumah, mereka gembira kerana nilai dan makna pemberian itu amat besar di saat kita berdepan wabak COVID-19 ini. Ada juga penduduk yang tidak mahu menerima pemberian penutup hidung dan mulut itu kerana sudah mempunyai stok dan meminta ia diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Kategori