Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Abby Abadi Pula ‘Mangsa’...

KALAU sebelum ini hos terkenal, Sharifah Shahirah (Shiera) menjadi 'mangsa' serangan peminat fanatik...

Malaysia Sedia Pertimbang Terbit...

PUTRAJAYA - Malaysia bersedia untuk mempertimbang kemungkinan menerbitkan satu lagi Bon Samurai jika...

Penyanyi Kacak Kuwait, Humood...

SELEPAS negara kita pernah dilanda fenomena Maher Zain pada 2009 lalu menerusi lagu...

28 Warga China Disyaki...

BEIJING - Seramai 28 warga China disyaki anggota kumpulan East Turkestan Islamic Movement...

Penduduk Jalani Saringan COVID-19

KUALA LUMPUR – Kira-kira 15,000 sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, akan menjalani ujian saringan COVID-19 dalam tempoh seminggu bermula hari ini, susulan kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, memaklumkan enam pusat ujian diwujudkan dalam kawasan PKPD itu yang dipecahkan kepada lapan parcel.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan menjelaskan, seramai 500 petugas kesihatan ditempatkan di kawasan itu bagi membolehkan ujian saringan itu berjalan lancar.

“Kita menjangkakan antara 1,500 hingga 2,000 penduduk di kawasan ini akan menjalani ujian saringan COVID-19 setiap hari dan berharap antara 15,000 ke 16,000 orang disaring dalam seminggu.

“Langkah kawalan diambil bagi memastikan pergerakan penduduk dari kediaman ke pusat ujian adalah tersusun, dengan dihadkan 50 orang dalam satu pergerakan.

“Mereka akan dikawal 10 anggota polis dan tiga anggota tentera,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pusat bandar utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dikenakan PKPD bermula hari ini hingga 3 Mei ini.

Ia membabitkan Pusat Bandar Utama yang dikategorikan sebagai Parcel A: Jalan 6/3A, Parcel B: Jalan 6/3A dan 9/3A, Parcel C: Jalan 2/3A serta Parcel D: Jalan 2/3A.


Parcel lain adalah Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D; Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D; Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B dan Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar.

Annuar berkata, setiap stesen ujian dilengkapi dengan ruang menunggu yang luas bagi memastikan semua penduduk yang majoritinya warga asing, mematuhi penjarakan sosial.

Selain itu, pihaknya turut menyediakan dua bilik mandi dan dua tandas bergerak untuk kemudahan petugas kesihatan yang perlu segera mandi sebaik saja selesai syif masing-masing.

“Saya ingin tegaskan kepada semua penduduk di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur supaya tidak perlu takut dan bimbang dengan kehadiran pihak berkuasa di situ.

“Tindakan ini hanya dilakukan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Kuala Lumpur dan memastikan ibu negara bebas daripada penularan wabak ini,” katanya.

Kategori