Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Siap Suap Aiskrim, Elfira...

MESKIPUN masing-masing tidah pernah mengaku sedang menjalin hubungan cinta, namun gambar-gambar sambutan hari...

SOP PRN Sarawak Dimuktamadkan...

SEREMBAN - Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 khusus bagi Pilihan Raya Negeri...

Setiausaha Kehormat KFA Letak...

ALOR SETAR – Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar...

Gagal Kemuka Penyata GST,...

IPOH - Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau...

Penghuni Selangor Mansion, Malayan Mansion Dapat Makanan Percuma

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan akan membekalkan makan tengah hari dan malam secara percuma kepada 1,850 penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India di sini yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan siasatan dan bancian penduduk ke atas kedua-dua apartmen tersebut oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati kebanyakan unit rumah yang majoritinya dihuni oleh warga asing tidak mempunyai dapur.

“Siasatan mendapati ramai penghuni tidak memasak, ruang dapur digunakan sebagai tempat tinggal dan kebanyakannya bergantung kepada makanan yang dibeli dari luar.

“Kebanyakan penghuninya ialah warga Bangladesh, Pakistan dan India. Meskipun mereka bukan warganegara, namun isu soal makanan itu perlu diselesaikan dan kita tidak mahu melihat mereka kesusahan,” katanya ketika siaran langsung Facebook hari ini.

Kategori