Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Data Lebih 530 Juta...

WASHINGTON - Gergasi platform media sosial Amerika Syarikat (AS), Facebook menyatakan data lebih...

Agensi Pelancongan China Giat...

TELUK INTAN - Agensi pelancongan dan pengembaraan di China kini giat merangka pakej...

Rumah Di Nibong Tebal...

NIBONG TEBAL - Lebih 30 buah rumah di Kampung Sepulau dan Kampung Balik...

Video: Wanita Hamil Hancurkan...

BRASSILIA - Seorang wanita Brazil yang sedang hamil memusnahkan kereta suaminya selepas mendapati...

Penuntut IPT Diminta Kekal Di Kampus Sepanjang PKP

SEMUA penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) diminta kekal berada di tempat masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh berkenaan kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi akan memastikan kebajikan dan makan minum mereka diutamakan.

ā€œSelepas mendengar pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), maka kita memutuskan bahawa pelajar di IPT diminta terus kekal di universiti masing-masing.

ā€œKebajikan mereka dan makan minum akan ditanggung oleh kerajaan,ā€ katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan supaya membenarkan penuntut yang masih tinggal di asrama dan kolej untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.


Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan dan usaha kerajaan memutuskan rantaian serta membendung penularan wabak Covid-19.

ā€œKita tidak mahu berlaku pergerakan besar-besaran yang mungkin jika dibenarkan akan terjadi kluster baru Covid-19.

ā€œSaya harap pelajar semua faham kerana tindakan ini adalah untuk menjaga kepentingan mereka, keluarga dan masyarakat sekeliling apabila pulang ke kampung,ā€ katanya. – myMetro Online

Kategori