Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pikap Terbabas, 8 Anggota...

PADANG BESAR - Lapan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Kulim, Kedah...

Kekal Unjuran Pertumbuhan KDNK...

PUTRAJAYA - Kerajaan mengekalkan unjuran 4.0 hingga 5.0 peratus bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini, kata Menteri...

Pesawat EgyptAir Dari Paris...

KAHERAH - Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan kebangsaan Mesir, EgyptAir dikhuatiri terhempas selepas...

Jeritan Minta Tolong Selamatkan...

JOHOR BAHRU: Jeritan seorang wanita warga asing yang didengari jiran berjaya menyelamatkannya selepas...

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut 2 Minggu Lagi

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Pengumuman dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.

Katanya, lanjutan itu perlu berikutan situasi semasa negara yang masih memerlukan petugas kesihatan memerangi penularan wabak.

“Selain itu, ia bagi mengelakkan penularan semula wabak ini (Covid-19) dalam masyarakat.

“Tindakan ini juga adalah selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan PKP terlalu awal.

“Seperti mana yang berlaku di beberapa negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila PKP ditamatkan.

“Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama.


“Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus,” katanya.

Malaysia menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April.

Muhyiddin berkata, meskipun unjuran dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang PKP hampir sebulan lalu menyaksikan pengurangan kebolehjangkitan Covid-19, situasi itu tidak boleh diambil mudah.

“Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.

“Malah usaha mencegah wabak mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti punca penularan wabak,” katanya. – myMetro Online

Kategori