Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jepun Jamin Pelepasan Air...

KUALA LUMPUR: Jepun memberi jaminan pelepasan air terawat dari loji janakuasa nuklear yang...

Suami Ziana Zain Bebas,...

SUAMI kepada penyanyi bersuara lantang tanah air, Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad...

Sami Didakwa Dera Anak...

KAJANG - Seorang sami didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas...

Kempen Cuti-Cuti Malaysia Tawar...

KUALA LUMPUR - Orang ramai kini boleh menikmati aktiviti selam skuba dan menerokai...

Pertambahan Kes COVID-19 Kluster Kenduri Bandar Baru Bangi

PUTRAJAYA – Terdapat dua pertambahan kes bagi kluster majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 94 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dari jumlah berkenaan sebanyak 15 kes sudah dibenarkan pulang dan lima kes lagi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Selain itu 74 kes lagi kini sedang dirawat di wad biasa,” katanya yang berkongsi situasi terkini penularan COVID-19, di Facebook miliknya.

Berdasarkan infografik yang dikongsi Noor Hisham di laman sosial itu, kluster Kenduri Bandar Baru Bangi kini sudah menjangkiti sehingga generasi kelima.

Majlis kenduri kawin yang diadakan di Bangi pada 6 Mac lalu itu turut dihadiri oleh peserta perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Selain itu, ia turut menjangkiti 47 petugas kesihatan yang menghadiri majlis yang sama.

Sementara itu, bagi kluster Kluster Persidangan di Gereja, Kuching, Sarawak pula, Noor Hisham berkata sehingga semalam terdapat 24 kes terbaharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 112 kes bagi kluster berkenaan.


“Dari jumlah berkenaan 11 kes sudah dibenarkan pulang, empat kes di ICU, 48 kes sedang dirawat di hospital, 47 kes bawah pemerhatian di pusat kuarantin dan dua kes kematian dicatatkan,” katanya.

Difahamkan, persidangan keagamaan di gereja di Kuching Sarawak itu berlangsung selama tiga hari.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 4,119 kes positif COVID-19 sementara 1,487 kes atau 36.1 peratus kini sudah pulih sepenuhnya.

Bagi jumlah kes kematian COVID-19 pula, sebanyak 65 kes dicatatkan. – BH Online

Kategori