Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rezeki Berganda Siti Nurhaliza...

ORANG kata bila berkahwin, pintu rezeki akan terbuka dengan luasnya. Sama seperti murahnya...

ASEAN Mampu Langkah Jauh...

SINGAPURA - Intergrasi ekonomi dalam kalangan negara anggota ASEAN adalah satu di antara...

Mayat Warga Asing Ditemui...

JOHOR BAHRU - Mayat seorang warga asing ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan di Km...

Artis Veteran Pukul Abang...

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya di...

Pesakit Kronik Digalak Dapatkan Bekalan Ubat Melalui POS

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pesakit kronik mendapatkan bekalan ubat melalui empat kaedah Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS) yang sedia ada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka boleh mendapatkan bekalan itu menerusi kaedah Ubat Melalui POS (UMP), Farmasi Pandu Lalu, Locker4U dan Sistem Temu Janji Farmasi (Contoh: telefon & ambil, SMS & ambil dan seumpamanya).

Beliau berkata, pesakit digalak menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP dalam tempoh PKP kerana perkhidmatan itu membolehkan ubat terus dihantar ke rumah tanpa perlu pergi ke hospital atau klinik kesihatan.

“Bagi meringankan beban pesakit, bermula 6 April hingga 30 Jun ini, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan UMP yang dianggarkan sebanyak RM638,000 akan ditanggung oleh KKM.

“Kepatuhan pesakit terhadap rawatan yang diberikan adalah penting dan bagi memastikan bekalan ubat tidak terganggu di samping jarak sosial dikekalkan ketika PKP,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebelum ini kos penghantaran bagi perkhidmatan UMP ialah RM5.30 hingga RM10.60 mengikut berat dan zon penghantaran dengan kos itu ditanggung pesakit dan perlu dibayar secara tunai kepada pihak Pos Malaysia semasa pesakit menerima ubat.


“Ubat-ubatan dibekalkan melalui perkhidmatan UMP adalah seperti tablet dan kapsul. Bagi ubat cecair dan ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin, pesakit disaran menggunakan pilihan perkhidmatan VAS yang lain,” jelasnya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan VAS, beliau meminta pesakit menghubungi unit farmasi di kemudahan KKM, tempat mereka menerima rawatan untuk didaftarkan bagi mendapatkan perkhidmatan itu.

Sebarang pertanyaan tentang ubat-ubatan juga boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi – 5 petang kecuali cuti umum).

Kategori