Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Al-Sultan Abdullah Lafaz Sumpah...

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

11 Alasan Mengapa Ahmad...

Kuala Lumpur: Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd...

Ismail Sabri Menghadap Yang...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima...

Syarikat Penerbangan Jepun Batal...

TOKYO: Japan Airlines (JAL) dan ANA hari ini memaklumkan akan membatalkan semua penerbangan...

PKP: Dari Singapura Terus Ke Bahau?

KUALA PILAH – Tindakan seorang wanita melanggar syarat kuarantin di Johor Bahru dengan pulang ke rumah keluarga di sini, membawa padah kepada diri sendiri dan abangnya, apabila ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malam tadi.

Mereka juga menjadi individu pertama di daerah ini, dikenakan tindakan kompaun maksimum RM1,000 mengikut Seksyen 22, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, berkata dua beradik terbabit ditahan polis ketika melalui sekatan jalan raya di Ulu Bendul, jam 10.50 malam tadi.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita itu berusia 26 tahun dari Johor Baharu, manakala abangnya berusia 29 tahun dari arah Bahau.

“Wanita berkenaan bekerja di Singapura dan pulang ke negara ini kemudiannya diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di Johor.

“Bagaimana pun dia bertindak melanggar arahan tersebut dengan pulang ke negeri ini dengan alasan ingin melawat ibunya di Bahau dengan menaiki bas sehingga Seremban, sebelum dijemput pulang oleh abangnya,” katanya.


Amran berkata, dua beradik itu melakukan kesalahan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, dan dihukum mengikut Peraturan 11 akta sama.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Melang, seterusnya tawaran kompaun kesalahan RM1,000 telah dikeluarkan ke atas mereka.

“Wanita itu juga dihantar ke Institut Aminuddin Baki, Pusat Kuarantin Nilai oleh pasukan dari Pejabat Kesihatan Kuala Pilah,” katanya. – BH Online

Kategori