Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Khairul Hafiz Ketuai Cabaran...

JAKARTA - Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan mengetuai barisan pelari pecut...

1,010 Rumah Mangsa Banjir...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,010 buah Rumah Kekal Baharu (RKB) untuk mangsa banjir...

Tragedi MH17: Laluan Penghantaran...

BERIKUT adalah maklumat pergerakan jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sebaik...

Foto Keluarga Bahagia Datin...

SIAPA tak kenal dengan figura bergelar pengarah dan penerbit popular Datin Seri Tiara...

PKP Fasa Empat Benarkan Satu Keluarga Keluar Berdua

SHAH ALAM – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat yang bermula hari ini membenarkan ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian membawa seorang lagi ahli keluarga bersama.

Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain untuk disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Sebelum ini, orang ramai hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan dalam jarak lingkungan 10 kilometer dengan seorang sahaja dari rumah masing-masing bermula 1 April lalu selepas PKP fasa kedua dilaksanakan.

Perkara itu terkandung dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang digazetkan semalam.


Berdasarkan syarat tersebut, seseorang hanya dibenarkan untuk membeli makanan, keperluan harian dan ubat.

Selain itu, peraturan itu menetapkan seorang sahaja dibenarkan untuk keluar dari rumah kecuali dengan alasan munasabah.

Ia dikuatkuasakan mulai 1 April hingga 14 April lalu.

Mereka yang didapati melanggar syarat itu akan dikenakan hukuman penjara selama enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Kategori