Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UTeM Pantau Kakitangan, Pelajar...

ALOR GAJAH - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sentiasa memantau kegiatan kakitangan serta...

Kerajaan P.Pinang Tak Pernah...

BAGAN SERAI - Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah memohon kepada kerajaan Persekutuan...

Dua Lelaki Ditahan, Rampas...

LAHAD DATU - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas...

Inspektor Didakwa Perdagangkan Wanita...

INSPEKTOR polis dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Klang, hari ini atas dua tuduhan memperdagangkan...

PKP: Kebenaran Keluar Berdua Satu Kenderaan Sudah Diwarta

KUALA LUMPUR – Kebenaran pergerakan dua orang satu kenderaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat bermula hari ini, boleh melebihi 10 kilometer (km) jika membabitkan keperluan membeli makanan dan perkhidmatan kesihatan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran itu bagaimanapun terhad kepada mereka yang tinggal di rumah yang sama dan daripada keluarga terdekat.

“Kebenaran pergerakan melebihi radius 10 km itu sudah diwartakan melalui PKP keempat,” katanya pada sidang media harian selepas mesyuarat menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa hari ini hingga 12 Mei depan.


Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Ismail Sabri menegaskan, pergerakan melebihi 10 km itu bagaimanapun mesti yang terhampir bagi tujuan dibenarkan.

“Contohnya nak ke klinik, jika ada yang jarak 15 km harus pergi ke situ, jangan pula pergi yang jaraknya 30 km,” katanya.

Kategori