Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ribuan Pelarian Islam Hanyut...

UMAT Islam masih kekal menjadi jumlah pelarian terbesar dunia sepanjang enam bulan pertama...

“Darurat Batal Atau Tidak,...

KUALA LUMPUR - Penjelasan mengenai polemik pembatalan Ordinan Darurat hanya akan dibuat pada...

Maybank Perkenal Pengeluaran ATM...

KUALA LUMPUR : Maybank menambah satu lagi perkhidmatan perintis dalam penawaran perbankan digital...

‘Segeralah Bertaubat’ – KP...

UMAT Islam yang sengaja memegang anjing diingatkan segera bertaubat kerana dikhuatiri telah melakukan...

PKPD: Kawat Berduri Mudahkan Kawal Pergerakan

IPOH – Pagar kawat berduri yang dipasang di kawasan operasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bertujuan memudahkan anggota tentera dan polis mengawal pergerakan orang ramai dengan lebih sistematik.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, berkata kawalan pergerakan orang ramai secara berkesan di kawasan itu penting bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Kita pasang di tempat-tempat kritikal dan pelaksanaannya perlu melihat sejauh mana serius situasi di sesuatu kawasan.

“Kita bayangkan bagaimana sekiranya kita hanya meletakkan kon atau sebagainya dan seramai 30 orang terus berlari keluar dan (jika) mereka ini pula pembawa wabak yang positif, boleh menyebabkan penyebaran wabak kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau pelaksanaan Op Penawar bersama Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain di Jalan Tambun di sini, hari ini.

Setakat ini, empat kawasan disenaraikan untuk PKPD iaitu Sungai Lui di Hulu Langat, Selangor; Simpang Renggam, Johor; Menara City One serta Selangor Mansion dan bangunan Malayan Mansion di Kuala Lumpur.


Ahmad Hasbullah berkata, peranan anggota tentera dalam sekatan jalan raya bersama pihak polis tertakluk kepada arahan kerajaan.

“Anggota tentera dan polis masing-masing mempunyai fungsi tersendiri dalam operasi Perintah Kawalan Pergerakan.

“Buat masa ini tentera diarahkan untuk membantu pihak polis dalam melaksanakan PKP,” katanya.

Kategori