Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Letak Piawaian Baharu,...

SANTUBONG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan Parlimen Santubong...

Bomba Melaka Siap Sedia...

MELAKA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka bersiap sedia daripada pelbagai aspek termasuk...

Banjir Di Kelantan Bertambah...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 13,003 orang pada...

APMM Selamatkan 2 Beranak...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang...

PKPD Masjid India Babit 10,000 Penduduk

KUALA LUMPUR – Pengisytiharan terbaru Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Masjid India dan kawasan sekitarnya di sini, mulai hari ini, membabitkan lebih 10,000 penduduk.

PKPD yang kelima setakat ini dilaksanakan selepas kawasan berkenaan mencatatkan lebih 40 kes positif COVID-19.

Bagaimanapun, dua kawasan dikecualikan daripada PKPD meliputi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang terletak di belakang kediaman Plaza City One, yang diwartakan sebagai lokasi PKPD pada 31 Mac lalu.

Satu lagi premis yang turut dikecualikan adalah pusat pengawasan gelandangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebaik status PKPD dikuatkuasakan, premis yang wajib ditutup adalah sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Melaka dan Jalan Ampang.

Antara pusat beli-belah dan premis perniagaan yang terdapat dalam kawasan Masjid India, adalah Semua House, Mydin, Kompleks Cambell, Wisma Kosas, Wisma Yakin serta puluhan hotel tiga bintang dan hotel bajet yang sudah diarahkan tutup sejak awal.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Kawasan bersaiz kira-kira satu kilometer persegi yang mempunyai anggaran lebih 10,000 penduduk termasuk lebih 6,000 yang mendiami flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion serta 3,200 penduduk di Plaza City One.

Rata-rata hampir 1,000 penduduk direkodkan mendiami rumah kedai di kawasan Masjid India.


Berikutan pelaksanaan PKPD di kawasan itu, semua urusan keluar dan masuk dilarang sama sekali.

Pelaksanaan PKPD di kawasan itu juga dijangka tidak mengalami kesukaran selepas pelaksanaan PKPD dilaksanakan di Plaza City One, Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

Malah pengawasan yang ketat sejak awal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini sepanjang PKP dan PKPD di kawasan itu.

Difahamkan pemasangan pagar kawat duri di laluan ‘lorong tikus’ juga sudah dilaksanakan sejak malam tadi.

Sementara itu Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media sebentar tadi mengesahkan pelaksanaan PKPD di kawasan Masjid India selepas terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan itu. – BH Online

Kategori