Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nicol Mara Ke Separuh...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David semakin menghampiri untuk mempertahankan pingat emas...

10 Kes Varian Delta...

PUTRAJAYA – Sebanyak 10 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan kesemuanya melibatkan...

Awas… Sindiket Penipuan Kemasukan...

Nampaknya, ada saja cara yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan...

Guru Disamun Dalam Tadika

BESUT - Seorang guru wanita sebuah Tadika di Gong Kepas, Kampung Raja di...

Polis Dalam Mod ‘Keras’ Laksana PKP Fasa Kedua

KUALA LUMPUR – Polis kini dalam mod ‘keras’ bagi melaksanakan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi memastikan rakyat mematuhi setiap arahan dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh PKP.

“Kalau dahulu lembut dan nasihat, kemudian bertukar tegas, kini mod polis adalah keras. Tindakan akan terus diambil kepada sesiapa sahaja yang melanggar perintah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sepanjang tempoh PKP, seramai 4,189 individu ditahan atas pelbagai kesalahan terutama mengingkari dan melanggar arahan PKP.


“1,449 daripadanya sudah dituduh di mahkamah dan ada antaranya dijatuhkan hukuman bukan setakat denda, malah hukuman penjara.

“Ada yang dipenjara selama lapan bulan bukan sahaja atas kesalahan ingkar PKP malah mengganggu tugas penjawat awam,” katanya. – BH Online

Kategori