KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat penularan pelbagai video, rakaman audio dan berita di media sosial membabitkan pelarian Rohingya sehingga menimbulkan kemarahan rakyat negara ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata isu berkaitan pelarian Rohingya di negara ini menjadi besar sejak akhir-akhir ini amat menghairankan.
Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516
“Saya pun hairan kedatangan (etnik Rohingya) ke negara kita bukan baharu, sudah bertahun. Sebelum ini tidak timbul isu ini kerana kedatangan mereka mendapat simpati kita, kerana kita mendengar mereka dibunuh dengan kejam dan sebagainya.
“Namun, akhir-akhir ini isu menjadi besar dan menghairankan polis kerana banyak berita di media sosial yang dikeluarkan yang menimbulkan kemarahan rakyat kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya hari ini.