Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Belia Perlu Rebut Peluang,...

TAWAU - Golongan belia dinasihat merebut peluang disediakan kerajaan dan mengurangkan sikap merungut...

Kemajuan Ekonomi Bumiputera Hasil...

KUALA LUMPUR - Kemajuan ekonomi Bumiputera yang dicapai Malaysia pada hari ini adalah...

Didakwa Senda Jong-hyun, Sakinah...

TERDAHULU pelakon jelita, Sharifah Sakinah teruk menerima kecaman apabila jenaka spontan yang dibuat...

Teknologi Inovasi Pertanian Aspirasi...

SERDANG - Penggunaan teknologi dan inovasi pertanian menyeluruh selain penghasilan benih dan tanaman...

Polis Siasat Pekerja Asing Berpesta Songkran

SHAH ALAM – Polis telah memulakan siasatan mengenai tindakan sekumpulan warga asing meraikan pesta Songkran di perkarangan sebuah kilang di Sepang semalam.

Jurucakap Op COVID-19 Polis Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata siasatan terhadap kes itu dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa

“Polis Selangor mengesahkan ada terima maklumat mengenai kejadian itu yang disiarkan melalui Facebook yang memaparkan warga asing merayakan songkran. Setakat ini tiada yang ditahan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sebuah video berdurasi lebih 30 minit yang tular di media sosial menunjukkan kumpulan pekerja asing menari sambil menyanyi dipercayai meraikan festival air atau lebih dikenali sebagai Songkran dan menurut maklumat pada video itu, mereka adalah pekerja di sebuah kilang sarung tangan.

Tindakan mereka menerima kecaman orang ramai kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara berusaha membendung penularan wabak COVID-19.

Kategori