Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Korea Utara Yang...

KUALA LUMPUR - Suspek keempat yang ditangkap atas kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi...

Perkhidmatan Teksi Helikopter Dilancar

LANGKAWI - Pernahkah anda terfikir dengan hanya beberapa gerakan jari pada skrin telefon...

Ulang Tahun 71: Sang...

SEPANG - Bendera UMNO, Sang Saka Bangsa yang diarak sepanjang Larian Bendera sempena...

Saintis Dakwa AirPods Meningkatkan...

MENURUT satu petisyen terbaharu, fon telinga tanpa wayar keluaran Apple iaitu AirPods berupaya...

Prosedur Operasi Standard Baharu Kawasan PKPD

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kawasan yang bakal menjalani Perintah Kawasan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SOP baharu itu sedang diteliti Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pelaksanaan PKPD lebih berfokus.

Beliau berkata, kawasan yang selepas ini akan melalui PKPD kelak tidak membabitkan radius ‘berkurung’ terlalu luas.

“KKM sebenarnya meneliti beberapa kawasan akan dikenakan PKPD tetapi mereka masih membuat penilaian secara terperinci.

“Adalah penting untuk kita kali ini lebih berfokus. Tidak mahu ambil radius terlalu luas. Mungkin satu kampung terdapat kes positif, tetapi kawasan ditutup luas sehingga 5 hingga 6 kilometer (km) radiusnya.


“Kalau di Lembah Pantai, tempatnya berdensiti tinggi. Kita akan lihat bagaimana, tempat mana dan sebagainya perlu dibuat ‘lockdown.’ KKM akan keluarkan SOP baharu mengenai kawasan akan lockdown secara sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini. – BH Online

Kategori