Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Piala Dunia: Saingan Kasut...

LONDON - Pada edisi 2014, pemain Colombia, James Rodriguez pulang sebagai penjaring terbanyak...

Lelaki Ditipu Macau Scam...

LELAKI kerugian RM466,000 disyaki ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai polis dan...

Sebab Utama Himpunan 8...

KEDUDUKAN Islam di Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin terpinggir dan...

40 NGO Lapor Polis...

KAJANG - Seramai 40 pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Gabungan...

Rakyat Malaysia Di Australia Tak Perlu Terburu-Buru Pulang

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia di Australia diminta bertenang dan tidak terburu-buru membuat keputusan untuk pulang susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia berkata, kerajaan negara ini memutuskan rakyat Malaysia kekal di mana mereka berada sekarang dan tidak perlu pulang ke negara asal.

“Bagaimanapun, mereka yang mempunyai visa jangka pendek dan penuntut yang mengalami masalah kewangan dan tidak boleh bertahan untuk jangka masa panjang, boleh pulang menggunakan penerbangan komersial yang ada.

“Rakyat Malaysia di Australia perlu menjaga keselamatan dan kesihatan, serta sentiasa mengikuti perkembangan mengenai peraturan ditetapkan kerajaan, memandangkan langkah pencegahan setiap negara tidak sama,” kata Suruhanjaya Tinggi dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Suruhanjaya Tinggi itu berkata, sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia bermula 18 Mac lalu, pihaknya telah menerima banyak panggilan telefon daripada rakyat Malaysia, bertanyakan mengenai penerbangan dan isu lain yang berkaitan.


Menurut kenyataan itu lagi, setiap hari terdapat rakyat Malaysia yang kembali ke Malaysia, meskipun operasi penerbangan komersial terhad dari bandar-bandar utama di Australia.

“Jumlahnya berbeza setiap hari berdasarkan tiket yang dibeli sendiri rakyat Malaysia. Bagaimanapun, kami faham terdapat rakyat Malaysia yang memutuskan untuk tinggal di Australia sehingga wabak berakhir.”

Suruhanjaya Tinggi merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Australia dan pihak berkuasa negeri yang sentiasa memberi kerjasama dalam memastikan urusan mereka yang ingin balik berjalan lancar meskipun terdapat beberapa kesulitan.

Kategori