Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peminat Tempatan Harap Formula...

SEPANG - Selepas menganjurkan Kejohanan Formula 1 (F1) dunia selama 19 tahun, Litar...

Pesawat British Airways Berpatah...

SEBUAH pesawat British Airways dilaporkan terpaksa berpatah balik gara-gara bau busuk yang kurang menyenangkan...

Kayuhan 250 Peserta Sertai...

PASIR PUTEH - Lebih 250 peserta menyertai kayuhan amal sejauh 40 kilometer untuk...

Tahan Selama 14 Tahun,...

SELAMA 14 tahun bertahan, kini rumah 'paku' di tengah Lebuh Raya Hu Ting...

Sabar Dan Bersyukurlah Wahai ‘Kluster Kayangan’

“KAMI tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Bukan kami minta dihampar karpet merah.

“Betapa kami cuba melakukan tugas kami (dengan sebaiknya). Sangat menyedihkan,” demikian luahan seorang petugas barisan hadapan.

Memetik hantaran statusnya di Facebook (FB), Sakinah Sulong meluahkan kekecewaannya itu terhadap sikap segelintir individu yang diperiksa ketika bertugas di lapangan bagi mengambil sampel sama ada mereka dijangkiti virus berkenaan.

“Manusia tak kira warna kulit datang dengan dua lubang hidung dan satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kiralah siapa pun dia tapi ralatnya bila kami menyaksikan ada manusia sangat sombong.

“Masa kami ambil sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bekerjasama, jarang buat masalah atau bergaduh dengan petugas.

“Tapi bila ada golongan baru turun dari kayangan (kluster luar negara) macam-macam kerenah terpaksa dihadapi, tak nak dikuarantin, marah-marah, panggil staf kami ‘dog’…pencacai najis,” katanya.

Berikutan itu, Sakinah mencadangkan mereka yang tidak mahu bekerjasama ditahan di lokap.

“Saya fikir kalau begini kelakuan orang dikuarantin amat bagus jika laporan polis dibuat atau MKN keluarkan arahan disumbat dalam lokap sementara kalau tak mahu bekerjasama.

“Kami petugas kesihatan bertindak mengikut arahan hanya untuk memastikan rakyat Malaysia baru sampai dari luar negara ini selamat dan tidak menyebarkan (wabak) kepada orang lain.

“Memang kami kena kerja kuat sekarang bertugas siang dan malam buat saringan tapi nampaknya ada orang turun kayangan ini sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan. Memang tak bersyukur!” luahnya semalam.

Sementara itu, seorang individu menggunakan akaun FB Al Hafiz Burhanuddin pula mendedahkan kisah sebenar pengalaman dan kesulitan pihak golongan ‘kluster kayangan’.


“Walau pahit nak telan, tapi kena akui memang wujud kepincangan dalam mengendalikan rakyat Malaysia yang baru tiba dari luar negara hingga ada terkandas lima jam sebelum tiba di hotel.

“Bayangkan yang berada di KLIA jam 8 malam dibiarkan menunggu berjam lamanya (berlonggok tanpa jarak sosial) sebelum dibenarkan naik bas dan tiba di hotel jam 1 pagi.

“Dalam keadaan penat dan lapar, tiada makanan disediakan malah tidak dibenarkan membeli makanan. Tidurlah mereka terpinga-pinga dengan perut kosong,” katanya.

Menurutnya, ketika rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan selesa termasuk memasak dan membeli makanan di luar, mereka di hotel pula tiada hak itu.

“Kalau nak tempah Food Panda pun hanya diizinkan dari 4 hingga 6 petang saja, kalau lapar 11 pagi atau 11 malam mereka hanya telan air liur.

“Gelaran kluster kayangan juga bukan bermaksud mereka insan VVIP yang dikuarantin di hotel mewah, realitinya dikurung selama dua minggu di sebuah bilik dan tingkap tertutup.

“Adilkah kalau semua baru pulang dari luar negara dikecam kerana sikap segelintir bermulut celupar?

“Bukan mahu pertahankan atau merendahkan sesiapa, baik tabligh, kayangan, frontliners atau rakyat di rumah lapangkan dada atas segala teguran untuk penambahbaikan,” katanya. – myMetro Online

Kategori