Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Pelajar Cuba Jual...

SANDAKAN - Polis menahan dua pelajar sebuah institut latihan perindustrian di sini, yang...

Anwar Tetap Pilihan PKR...

KUALA LUMPUR – “Persoalan siapa Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) menang: jawapan...

Dakwaan Kerajaan Tak Demokratik...

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Atlet Memanah Diberi Tempoh...

KUALA LUMPUR - Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) memberi tempoh dua minggu kepada...

“Saya Maafkan Semua Orang”

AIR mata kesyukuran mengiringi khabar gembira buat seorang pendakwah bebas sebaik disahkan negatif koronavirus (Covid-19) selepas 11 hari bergelut sebagai pesakit pandemik itu sejak 5 April lalu.

Mohamad Zuhdi Mat Piah, 36, yang juga Bendahari PAS Selangor berkata, keputusan itu bukan hanya berita baik buat dirinya malahan sebagai membalas kritikan netizen yang sebelum ini termakan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Menurutnya, tempoh empat hari di wad Hospital Sungai Buloh dan tujuh hari di pusat kuarantin Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) adalah pengalaman yang cukup menginsafkan dirinya dan menjadikannya dirinya lebih dekat dengan ALLAH SWT.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Berat ujian saya kali ini terpilih sebagai pesakit Covid-19 dan menjadi mangsa fitnah tapi hikmah di sebalik semua ini membuatkan saya memilih untuk melupakan semua kecaman orang.

“Ramai rakan dalam kalangan peguam meminta saya untuk saman tulisan berbentuk fitnah tapi alhamdulillah hari ini saya pilih untuk memaafkan semua orang,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, kisah Mohamad Zuhdi yang didakwa bercuti ke Turki ketika negara diserang Covid-19 dan gurauannya bahawa Covid-19 takut salji tular di media sosial sehingga menerima kecaman netizen.

Bagaimanapun, beliau yang juga pengurus sebuah agensi pelancongan telah menjelaskan perkara tersebut yang penerbangan ke Turki itu atas tuntutan kerja dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan pulang ke Malaysia empat hari selepas perintah itu berkuat kuasa.

“Saya ikut prosedur lakukan 14 hari kuarantin sendiri dan pada hari terakhir itu saya disahkan positif Covid-19. Saya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan selepas dilaporkan stabil dipindahkan pula ke ILKKM untuk pemerhatian.

“Masa tahu positif Covid-19, nak melangkah pun rasa berat seperti tahu mungkin nyawa kita dah tak panjang tapi saya kuatkan diri untuk lawan virus ini.


“Emosi jadi tidak stabil pada hari ketiga dalam wad apabila melihat gambar anak saya tidur berselimutkan kain pelikat saya. Memang sejak pulang dari Turki saya asing diri dari anak-anak dan lanjutan masa ditahan dalam wad buatkan perasaan rindu kepada mereka semakin dalam,” katanya.

Namun menurutnya, kerisauan dan gundah gulana hatinya hilang serta-merta selepas keputusan negatif Covid-19 dan dibenarkan pulang kelmarin.

“Di kamar kuarantin, kami sama-sama menangis ketika mendapat berita baik ini. Pertama menangis kerana gembira, kedua sedih untuk meninggalkan tempat ini dan sahabat yang masih berjuang.

“Walaupun kami tidak pernah kenal namun ALLAH satukan hati kami bagaikan keluarga. Setiap waktu dilaungkan azan dan kami solat berjemaah.

“Saya diamanahkan menjadi imam setiap waktu, tazkirah pula saya gilirkan dengan sahabat jemaah tabligh dan guru tahfiz. Kami akan rindukan saat ini, syukur atas nikmat ukhuwah ini,” katanya.

Katanya, beliau turut berterima kasih kepada petugas termasuk doktor dan jururawat yang memberikan layanan yang baik sepanjang menerima rawatan di hospital dan ILKKM.

“Tidak dilupakan kepada keluarga, sahabat mahupun kenalan FB (Facebook) yang tidak pernah jemu berdoa. Saya yakin ALLAH SWT Maha Adil akan sentiasa mengirimkan individu istimewa ini dalam hidup kita,” katanya. – Sinar Harian

Kategori