Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Usul Tergempar Darurat Bencana...

KUALA LUMPUR - Usul tergempar mememinta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang selesai...

“Jangan Tembak Saya!” Rayu...

MINGGU lalu, dunia komuniti fotografi antarabangsa gempar dikejutkan dengan sekeping gambar aksi spontan...

Budak Alami Kecederaan Otak...

Benarkah kecederaan otak boleh berlaku akibat terlalu terdedah kepada gajet dan internet?Gambar di...

BN Menang Besar PRK...

PONTIAN - Barisan Nasional berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan...

Selepas 3 Minggu PKP, Kes Ingkar Masih Meningkat

KUALA LUMPUR – Hari ini masuk hari ke-23 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di negara ini bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) namun menjelang enam hari lagi sebelum perintah itu berakhir, kebimbangan tercetus apabila statistik kes ingkar arahan itu menunjukkan peningkatan.

Malah kebimbangan itu turut disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar harian semalam, apabila menyatakan bahawa masih terdapat aktiviti pergerakan yang tidak dibenarkan seperti, kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dalam tempoh PKP.

Bahkan kenderaan di jalan raya juga didapati semakin meningkat.

Setakat semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan tangkapan individu yang melanggar arahan PKP meningkat 13 peratus atau 454 orang pada Selasa berbanding 403 (Isnin).

Selain itu kawasan-kawasan yang di kategori zon merah Covid-19 turut meningkat kepada 23 lokasi seluruh negara, selepas daerah Sepang di Selangor dan Kota Samarahan, Sarawak mencatat kes lebih 41 pada Selasa.

Sehingga kini empat lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) membabitkan Simpang Renggam (Johor), Hulu Langat (Selangor) dan tiga bangunan di Kuala Lumpur iaitu Menara City One, Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

Dalam pada itu, setakat semalam tiga negeri terus mencatat jumlah kes positif Covid-19 tertinggi iaitu Selangor (1,078 kes), Kuala Lumpur (685 kes) dan Johor (496 kes).


Jika diteliti perkembangan situasi itu, PKP yang dijadualkan berakhir Selasa ini tidak mustahil akan dilanjutkan.

Susulan peningkatan kes ingkar PKP, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah lebih tegas dengan mengenakan kompaun RM1,000 terhadap individu ingkar PKP, bermula semalam.

Setakat semalam seramai 166 pesakit disahkan pulih, manakala 156 kes baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia ialah 4,119 kes dengan 65 kematian.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab rakyat secara keseluruhannya untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini. 

Kategori