Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DBKL Tutup Pusat Hiburan...

KUALA LUMPUR - Selepas kira-kira 10 tahun dikatakan ‘kebal’ daripada sebarang tindakan undang-undang,...

Mengapa Pesakit Covid-19 Diletak...

BILA diubah ke posisi meniarap, membuak-buak keluar kahak dari tiub pernafasan. Tak ubah...

Melaka Pastikan Catuan Air...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan berusaha memastikan catuan bekalan air di negeri ini...

Kerajaan Belanja RM231.5j Dalam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah membelanjakan RM231.5 juta dalam operasi pencarian pesawat Penerbangan...

Seramai 250 Pelajar Tahfiz Positif Covid-19

PUTRAJAYA – Seramai 250 pelajar tahfiz daripada 2,697 pelajar tahfiz yang disaring disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 33 kes berbanding semalam sebanyak 217 kes.

“Kita dapati kes membabitkan pelajar tahfiz semakin meningkat,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan tempoh sehingga dua minggu untuk membuat saringan terhadap 9,842 pelajar berkenaan di seluruh negara.

“Mereka yang berada di madrasah kita telah saring, namun kita dapati ada yang telah pulang. Ini yang perlu disaring,” katanya.

Semalam, beliau berkata, KKM akan memberi tumpuan melakukan saringan terhadap pelajar tahfiz di seluruh negara.


Kementerian juga akan bekerjasama dengan polis dan agensi berkaitan bagi mengesan pelajar berkenaan.

Pada perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, terdapat kluster yang sudah selesai (tidak mempunyai kes baharu) daripada 28 kluster yang dikenal pasti.

“Kluster itu kita kira kata dah khatam (selesai).

“Kementerian melakukan pemantauan selama 14 hari terhadap kluster yang aktif dan tidak aktif,” katanya. – Sinar Harian

Kategori