Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

NASA Halang Angkasawan Dedah...

NASA didakwa mengarahkan angkasawan mereka supaya mengunci mulut dan tidak bercerita sewenang-wenangnya mengenai...

Warga Emas Ditinju Hari...

KUALA LUMPUR - Hanya kerana makan, seorang wanita tempatan yang juga warga emas...

Lelaki Gemuk Tunggang Keldai...

PIHAK polis sedang menyiasat kematian seekor anak keldai yang disyaki mati selepas seorang...

Islam Ajar Ikhtiar Cari...

ISLAM mengajar umatnya supaya berikhtiar dan berusaha mencari penawar bagi merawat penyakit dihadapi.Menteri...

Seronok Tengok Gelagat DAP – Najib

SEBELUM PRU14, DAP kata tiada keperluan untuk duta khas kepada negara-negara lain. Suruh batalkan. 

Lalu, PH janji tidak akan ada lantikan politik jika mereka menang PRU14.

Selepas PRU14, PM7 pun umum tiada lagi orang politik akan dilantik sebagai duta.

Tapi, cerita pengerusi Tan Kok Wai dilantik sebagai duta khas untuk China terbongkar.

Lalu, Tan Kok Wai terpaksa mengaku: “Ya, saya memang Duta khas ke China.”

Lepas itu, DAP pertahankan lantikan pengerusi mereka sebagai Duta Khas.

Diikuti oleh Tan Kok Wai melantik Superman Hew Kuan Yau sebagai CEO Malaysia-China business Council.

Namun, Superman Hew terpaksa meletak jawatan akhir tahun lepas apabila dia terbabit dengan skandal komik propaganda yang dituduh oleh kerajaan PH sendiri sebagai berunsur komunisme selepas komik tersebut diedarkan secara percuma kepada semua sekolah-sekolah di Malaysia secara percuma.

Selepas Gagalkrasi PH tumbang, Tan Kok Wai sendiri juga dipecat sebagai Duta Khas.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dan semalam, dia tuduh pulak penggantinya mendapat habuan politik kerana dilantik sebagai Duta Khas.


Saya rumuskan:

1. DAP bantah.
2. DAP janji tak ada lantikan politik.
3. PH janji tak ada lantikan politik untuk jawatan Duta.
4. Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen dilantik sebagai Duta khas.
5. DAP pertahankan lantikan pengerusinya sebagai Duta. Nafi lantikan politik ini adalah habuan politik.
6. DAP mengadu bahawa lantikan politik mereka dipecat oleh kerajaan PN. dan Dakwa pengganti dia mendapat habuan politik.
7. DAP bantah (Repeat)

Pada saya, soal duta khas dibayar elaun RM25,000 sebulan tidak penting kerana Tan Kok Wai sendiri pun dapat pendapatan RM27,000 sebulan seperti yang diumumkan dia.

Yang penting ialah hasil dari tugasnya kerana pelaburan dan perdagangan dengan negara China adalah amat besar.

Selama 20 bulan Tan Kok Wai menjawat sebagai Duta Khas, apa hasil dan sumbangan dia?

Yang kita tengok sumbangan dia yang paling gemilang ialah dia menulis pra-kata untuk komik propaganda Superman Hew yang seterusnya diharamkan seluruh Malaysia.

Sumber: Facebook Najib Razak

Kategori