Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Luahan Hati Anak MB...

ALOR SETAR - Anak perempuan bongsu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad...

Malaysia Zahir Bimbang DoJ...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa bimbang susulan kegagalan Jabatan Keadilan (DoJ)...

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau...

GEORGETOWN : Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim...

Djokovic Tempah Slot Separuh...

LONDON - Pemain tenis dari Serbia, Novak Djokovic menempah slot ke saingan separuh...

Setiap Nyawa Rakyat Sangat Bernilai Kepada Negara

“SAYA bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara-saudari, (dan) saya juga bertuah kerana anda semua insan berdisiplin dan patuh kepada undang-undang,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, setiap nyawa rakyat sangat bernilai kepada negara dan kehilangan satu nyawa terhadap virus Covid-19 bererti kehilangan besar buat negara.

Disebabkan itu katanya, mahu semua pihak bersama-sama menjaga kesihatan diri, keluarga dan orang sekeliling dengan terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perang ke atas Covid-19 masih belum berakhir. Perjuangan masih berterusan. Kita melakukan dengan baik ketika ini dan teruskan bersemangat serta berjuang,” katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.

Muhyiddin juga mahu semua penduduk terus berdisiplin mematuhi PKP yang kini menunjukkan tahap pematuhan tinggi, sekali gus menandakan semua pihak faham mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan keselamatan.

Katanya, kehidupan mendatang tidak lagi sama dan semua pihak perlu bersedia berhadapan situasi baharu dalam tempoh masa agak lama, yang mungkin berlarutan beberapa bulan.

“Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi, kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk bertarawih.


“Jadi bertarawihlah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa. Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi.

“Insya-Allah kita akan menang dalam peperangan ini jika kita bersabar,” katanya.

Beliau turut mengambil peluang mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang disifatkan sebagai manusia hebat, selain barisan hadapan yang terus berkhidmat dengan baik dalam tempoh getir ini.

“Kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling bantu-membantu ketika zaman susah. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,” katanya. – myMetro Online

Kategori