Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Halle Berry, Oliver Martinez...

SETELAH dua tahun hidup bersama sebagai suami isteri, bintang Hollywood terkenal Halle Berry...

PDRM Galakkan Warganya Sertai...

KUALA TERENGGANU - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menggalakkan pegawai dan anggota menyertai Koperasi...

8 Rumah Flat Sri...

Kuala Lumpur : Lapan rumah di tingkat empat Blok 31 Perumahan Awam Sri...

Muhammad Rizalman Dibebas Dengan...

WELLINGTON, New Zealand - Bekas atase tentera Malaysia di Wellington, Muhammad Rizalman Ismail...

SOP Baharu Perintah Kawalan Pergerakan Dibincang Esok

PUTRAJAYA – Mesyuarat khas akan diadakan esok bagi memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang baharu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengedarkan cadangan SOP berkenaan dalam mesyuarat hari ini.

Menurutnya, SOP baharu dicadangkan itu membabitkan PKP yang akan digunakan nanti di zon merah, kuning dan hijau.

“Perkara ini akan dibincangkan lebih terperinci esok malah KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) juga akan memperincikan kawasan berkaitan ketiga-tiga zon berkenaan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, keputusan melanjutkan tempoh PKP yang akan berakhir 14 April ini masih belum diputuskan kerajaan.

Katanya, keputusan sepenuhnya diberikan kepada KKM untuk menasihati kerajaan sekiranya PKP perlu dilanjutkan atau sebaliknya.

“Setiap PKP dan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dibuat atas nasihat KKM dan setakat ini belum ada perbincangan lanjut lagi diadakan.


“Apa (keputusan) yang seterusnya akan diserahkan kepada KKM dan selagi tiada pengumuman, kita kira ia masih diteruskan sehingga 14 April ini,” katanya.

PKP fasa kedua bermula 1 April lalu selama 14 hari dan keputusan perlanjutan akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas mengambil kira jumlah pesakit baharu Covid-19.

Beliau menekankan, jika tiada perlanjutan PKP tidak bermakna rakyat boleh bebas bergerak seperti sebelum arahan dikeluarkan.

Katanya, rakyat masih tertakluk dengan SOP baharu termasuk penjarakan sosial selain tiada perhimpunan berskala besar dibenarkan. – myMetro Online

Kategori