DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, Baginda akan memasak sendiri Bubur Lambuk untuk diedarkan kepada para petugas barisan hadapan termasuk mereka yang bertugas di sekatan jalan raya sempena Ramadan ini.
“Hari ini, saya membuat ‘dry run’ memasak Bubur Lambuk. In Shaa Allah pada Ramadan ini, kita akan edarkannya kepada pasukan petugas barisan hadapan dan juga mereka yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di beberapa lokasi.
“Saya sendiri akan memasak Bubur Lambuk ini, In Shaa Allah juga rasanya pasti akan sedap,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO) hari ini (23 April).
Berangkat sama, DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
DYMM Sultan Johor meluangkan masa selama hampir sejam memasak Bubur Lambuk pada hari ini di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar