Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Najib Edar Sampul ‘Angpau’...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengedarkan sampul...

BNM: Ekonomi M’sia Menguncup...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding dengan pertumbuhan 16.1 peratus yang dicatatkan pada suku kedua 2021, kata Bank Negara Malaysia.

Lebih 3,000 Sekolah Di...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini diberitahu, sebanyak 3,015 sekolah di...

Tak Ada Yang Kacau...

Dugaan awal kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru di pilihanraya kecil Parlimen Rompin nyata...

Tabung Perubatan KKM Terima Sumbangan Lebih RM30 Juta

PUTRAJAYA – Tabung Sumbangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangani pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini, hari ini menerima sumbangan bernilai lebih RM30.3 juta dalam bentuk wang tunai dan peralatan daripada 10 syarikat.

Sumbangan kepada tabung yang dilancarkan pada 23 Mac itu, disampaikan oleh wakil kesemua syarikat berkenaan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di KKM di sini hari ini.

Yayasan Petronas, cabang tanggungjawab sosial korporat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, Lita Osman menyumbangkan wang tunai RM20 juta.

Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Yuan pula menyumbangkan keperluan teknologi bernilai RM4 juta.

Sebuah lagi syarikat penyumbang, FWD Takaful Berhad menyumbang RM5 juta yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Salim Majid Zain Abdul Majid.

Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd pula menyampaikan makanan, minuman dan produk penjagaan diri bernilai RM513,000.

Sumbangan Unilever itu disampaikan oleh Pengarah Pemasaran Produk Rumah dan Penjagaan Diri syarikat berkenaan, Vincent Tan.


Cenviro Sdn Bhd yang diwakili Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporatya, Ismawati Mohd Shah menyumbang wang tunai berjumlah RM500,000.

Straits Scientific (M) Sdn Bhd yang diwakili Pengurus Jualannya Ng Sau Keet memberi sumbangan dua unit ‘blood gas analyser’ bernilai RM250,000 untuk ditempatkan di Hospital Sungai Buloh.

Sementara, Iplus Technologies Sdn Bhd menyumbang ‘rapid test kit’ dari Korea Selatan untuk 160 individu melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norhafiz Nordin.

Pecca Leather Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Kewangannya, Foo Kee Nee menyumbang RM61,000, manakala Biolux Network (Asia) Sdn Bhd menyampaikan satu unit hydrogen fountain machine bernilai RM11,800 yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutifnya, C.H.Low.

Asianmax Sdn Bhd, dalam pada itu menyumbang 1,128 helai peralatan perlindungan diri (PPE) dan 1,200 unit ‘penutup hidung dan mulut ’ yang disampaikan oleh Pengarahnya, Soo Sze Ching. 

Kategori