Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Mak Cik Tudung 3...

DALAM menghadapi cabaran ekonomi yang menduga, ramai pihak mengambil jalan tersendiri bagi memperolehi...

Polis Tidak Sertai Sambutan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti...

9 Maut, 10 Parah...

CALABAR (Nigeria) – Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 10 parah apabila sebuah tangki gas...

Bekalan Air Dijangka Pulih...

BESTARI JAYA — Bekalan air ke Lembah Klang yang terganggu sejak semalam dijangka...

Tak Dibenarkan Balik Kampung Sambut Ramadan

KUALA LUMPUR – Orang ramai tetap tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga dilaksanakan.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan itu sudah dilaksanakan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan sebelum ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan. Ramadan nanti pun ia tetap tertakluk kepada undang-undang sama.

“Pergerakan rentas sempadan negeri tetap dilarang sepanjang tempoh PKP fasa tiga seperti yang diputuskan masa PKP fasa satu dan dua.

“Bermakna, pergerakan beramai-ramai untuk pulang ke kampung (menyambut Ramadan) juga tidak dibenarkan, memang tidak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Perdana Putra di Putrajaya, hari ini. – BH Online

Kategori