Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sebaran Gambar Pontianak Di...

BANTING - Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan...

Orang Melayu Tak Boleh...

INGATAN.... Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang Melayu agar...

Lebih Ramai Ahli Politik...

HONG KONG: Empat penggubal undang-undang dan ketua imigresen Hong Kong hari ini, menyertai...

Pek Baharu Jenama Lampin...

SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kualiti terbaharu satu produk lampin...

Takkan Ada Caj Tambahan Kuarantin Di Hotel

PUTRAJAYA – Pengurusan hotel yang diwartakan untuk tujuan kuarantin sudah bersetuju dengan kadar RM150 sehari ditanggung oleh kerajaan bagi setiap rakyat Malaysia yang diasingkan di premis berkenaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar itu bagi membiayai bayaran bilik dan makan serta minum tiga kali sehari.

Justeru, beliau berkata, tiada isu bahawa pengurusan hotel bertaraf empat atau lima bintang tidak bersetuju dengan kadar RM150 yang ditetapkan.

“Isu yang timbul kononnya (yang) keluar berita semalam bahawa tiada persepakatan atau persetujuan antara pihak hotel dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mahupun Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, mengenai kadar ditetapkan RM150, yang mungkin menyebabkan kebimbangan daripada keluarga mereka yang dikuarantin, takut mereka kena bayar lebih.

“Sebenarnya berita itu tidak benar sama sekali kerana seperti yang saya sebutkan hotel yang berdaftar sebagai pusat kuarantin dan diwartakan, kita sudah mencapai persetujuan bahawa kadar mereka termasuk makan minum adalah RM150 sahaja.

“Ini sudah dipersetujui. Jadi tidak timbul bahawa mereka akan dikenakan caj tambahan kerana sudah dipersetujui. Sebenarnya hotel yang berdaftar sudah tahu mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, timbul juga isu mengenai ada antara hotel yang diwartakan adalah bertaraf bintang yang lebih besar, berbanding lain serta keselesaan yang berbeza-beza.

Katanya, peletakan individu yang perlu dikuarantin wajib ke pusat kuarantin termasuk di hotel adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

“Kita akan penuhkan hotel itu satu persatu. Kalau dah penuh, kita akan pergi ke hotel seterusnya.


“Jadi soal bagaimana keadaan hotel itu terpulang kepada pengurusan hotel,” katanya yang memberitahu kerajaan tidak mengambil kira perbezaan antara kemudahan hotel dengan yang lain kerana hanya menghantar individu perlu dikuarantin ke hotel berdaftar.

Menurutnya, jika individu terbabit tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, mereka perlu mengadu terus kepada pihak hotel dan bukan dengan memuat naik aduan ke media sosial.

Pada masa sama, Ismail berharap, semua isu membabitkan tempat kuarantin tidak sesuai sudah diselesaikan dan mereka sudah dipindahkan termasuk kes di Johor apabila ada yang mendakwa terpaksa tidur di bilik asrama.

Katanya, kes di Johor kerana rakyat Malaysia pulang dari Singapura dalam jumlah yang ramai melalui Tambak Johor, tidak boleh dirancang berbanding mereka yang pulang melalui pesawat yang boleh diketahui berdasarkan kepada jadual penerbangan.

“Pusat kuarantin di negeri sebenarnya dicadang dan ditentukan oleh kerajaan negeri. Setakat hari ini kita ada pertambahan jumlah hotel, keseluruhannya sebanyak 112 dan daripada itu 67 sudah diwartakan,” katanya.

Jelasnya, ketika ini, 8,153 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib. – myMetro Online

Kategori