Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Parah Terlibat Pergaduhan...

BANGKOK - Seorang warga Poland cedera parah selepas terlibat dalam pergaduhan dengan ‘mak nyah’...

Azmin Dijangka Bertanding Di...

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua...

Pengasuh Ditahan Cubit Bayi...

KEPALA BATAS - Seorang pengasuh ditahan polis petang semalam selepas disyaki mencederakan seorang...

Kritikan Suntik Semangat Pemain...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe menyifatkan kritikan penyokong...

Tangkapan Ingkar PKP Meningkat 20.6%

KUALA LUMPUR – Jumlah individu yang ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus mencatat peningkatan pada kadar 20.6 peratus.

Kadar penahanan individu menerusi sekatan jalan raya dan rondaan oleh pihak berkuasa itu melonjak kepada 1,471 orang semalam, berbanding 1,220 orang kelmarin.

Kompaun RM1,000 kerana ingkar PKP juga meningkat dengan membabitkan 949 individu semalam, berbanding 854 individu kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan peningkatan jumlah tangkapan mencerminkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang mengingkari PKP.

“Seramai 503 individu turut direman dan 19 yang lain dijamin polis, manakala 51 orang dituduh di mahkamah semalam berikutan kesalahan mengingkari PKP,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini. – BH Online

Kategori