Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

60 Penuntut YIK Transit...

KOTA BHARU - Enam puluh penuntut Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang transit di...

‘3E’ Bantu Pembeli Miliki...

SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak syarikat swasta terbabit dengan aktiviti...

Haters Kecam Melampau, Tajul...

LUMRAH menjadi seorang artis, pasti sering dikecam dan dilempar tuduhan tidak masuk akal...

Polis Marin Rampas Mercun,...

PASIR PUTEH - Pasukan Polis Marin Wilayah 3 yang berpangkalan di Kuantan, Pahang...

Tangkapan Pelanggaran PKP Meningkat 51%

KUALA LUMPUR – Seramai 554 individu ditahan di sekatan jalan raya, semalam, sekali gus menjadikan jumlah tangkapan pelanggaran Peringkat Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat sebanyak 51 peratus.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu meningkat berbanding 368 tangkapan pada hari sebelumnya.

Katanya, tangkapan itu ialah peningkatan yang besar selepas polis mengadakan 743 sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke atas 293,051 kenderaan, semalam.

“Jika sebelum ini saya merasa bangga kerana setiap hari berlaku pengurangan peratus penangkapan, namun semalam, tiba-tiba meningkat.

“Saya amat berharap cuti setiap hari bukan hari minggu saja. Jadi tolong jangan ambil kesempatan di hari minggu untuk keluar beramai-ramai,” katanya pada sidang media di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya di sini, hari ini.

Tambahnya, daripada 554 individu yang ditahan semalam, seramai 489 akan ditahan remaja, manakala 65 individu dijamin.


Katanya, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP dari 18 Mac hingga 5 April adalah sebanyak 6,048 individu.

“Daripada jumlah itu seramai 213 individu didakwa di mahkamah.

“Selain itu, 25,818 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dan sebanyak 4,822 premis diperiksa oleh pihak berkuasa,” katanya. – BH Online

Kategori