Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Tahniah Sempena...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun...

Tindakan Kor Ming Biadab...

BERA - Tindakan Anggota Parlimen Taiping, Perak, Nga Kor Ming memuat naik status...

TPM Bangga Keputusan STPM...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berasa bangga dengan...

Perumahan Di Iskandar Bukan...

JOHOR BAHRU - Pembangunan kawasan perumahan di Wilayah Pembangunan Iskandar bukan hanya untuk...

Tony Fernandes Baca Buku Akhlak Nabi Muhammad SAW

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mencetuskan kekaguman di Instagram apabila beliau berkongsi gambarnya ketika sedang membaca sebuah buku mengenai tokoh utama Islam, Nabi Muhammad SAW.

Buku berkenaan yang bertajuk ‘Imam al Tirmidhi’s Al-Shama’il al Muhamaddiya’, mengandungi kompilasi 415 hadis berkenaan kehidupan, penampilan dan akhlak Nabi Muhammad SAW.

(Hadis ialah catatan mengenai tradisi atau ucapan Nabi Muhammad, yang dipuji dan diterima sebagai sumber utama hukum agama dan panduan moral, kedua setelah al-Quran).

Golongan netizen meluahkan rasa terkejut melihat bacaan pilihan pengasas AirAsia itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika ini.

Meskipun seorang Katolik, Fernandes mempercayai ini adalah masa yang tepat untuk dihabiskan dalam mengenali “saudara dan saudari ku dan agama mereka.”

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Ini adalah masa untuk kita semua memahami, mempelajari dan bertolak ansur. Buku yang luar biasa. Gunakan masa anda untuk memperbaiki diri dan belajar lebih banyak,” katanya menerusi hantaran Instagram pada Rabu lalu.


Sehingga hari ini, hantaran itu menerima lebih 22,000 tanda suka dan 673 komen daripada netizen.

Ramai yang memuji sikap terbuka Fernandes dan usaha beliau dalam mempelajari agama lain, seperti komen pengguna @aminuddinazhar_cainpain yang mengatakan rakyat Malaysia perlu mengambil isi kandungan buku itu dan terus berusaha memahami antara satu sama lain.

Pengguna dengan nama @seera_wakui pula menulis: “Terima kasih kerana mempelajari tentang kami, jadi kami juga akan mengenali orang lain pula. Inilah keindahan menjadi rakyat Malaysia.”

Sementara itu pengguna @asrulanwaranas pula berkata perlu lebih ramai pemimpin seperti Fernandes manakala @nik_hairizal menggelarnya pemimpin contoh.

Kategori