Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gambar Instagram Yang Boleh...

Kami percaya ramai yang berasa sakit hati dan malu apabila gambar tak senonoh...

7 Anggota Geng Ah...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tujuh anggota geng Ah Leong yang aktif melakukan...

SPRM Sahkan Siasat Daim...

SPRM mengesahkan penyitaan Menara Ilham di Kuala Lumpur baru-baru ini berkaitan siasatannya atas...

“Hadiah Istimewa Buat Ayahanda,...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyifatkan...

Tunku Azizah, Sultan Ibrahim Beri Sumbangan Kepada Hospital

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.

Sementara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbangkan 42 alat bantuan pernafasan untuk kegunaan hospital di seluruh Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi dua catatan Facebook rasminya memaklumkan perkara itu serta menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan.

“Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan itu.

“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” menurut catatan berkenaan.

Kategori