Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pandalela Mahu Berehat, Pulih...

KUALA LUMPUR - Atlet terjun negara, Pandelela Rinong Pamg akan berehat seketika daripada...

Samirah Tak Setuju Duit...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu tertuduh pertama kes...

Aiman Tino Kesal Disaman...

PENYANYI remaja tersohor, Muhammad Aiman Yusri, 22 yang dikenali Aiman Tino mendakwa dirinya...

Siasatan Kes CEO Cradle...

GEORGE TOWN - Siasatan kes Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle...

Ustazah Shadiya Abbas Meninggal Dunia

“BERAT hati nak meninggalkan guru, teman, buah hati saya di Hospital Sungai Buluh ini.”

Demikian luahan rasa Ustaz MK Azman mengulas pemergian isterinya, pendakwah terkenal Ustazah Shadiya Abbas yang meninggal dunia secara mengejut pada jam 5.05 pagi, hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan MK Azman menerusi laman Facebook.

“Innalillahiwainnailahirojiun.

“Dukacita dimaklumkan isteri kesayanganku Shadiya Abbas baru disahkan meninggal dunia jam 5.05 pagi sebab sesak nafas (asma),” katanya.

MK Azman turut memberitahu jenazah isterinya masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi menjalani ujian untuk mengetahui sama ada kematiannya berpunca daripada jangkitan Covid-19 atau sebaliknya.

“Oleh kerana kematian musim Covid-19, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah positif atau tidak. Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan keputusan itu, bermakna esok jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.


“Jadi, jenazah akan disimpan dahulu di Hospital Sungai Buloh. Insya-Allah, saya kuat kecuali jika anda menghubungi saya.

“Doakan ya sahabat-sahabat sekalian,” katanya.

Sebelum itu, Allahyarhamah Shadiya Abbas sempat menyampaikan tazkirah di Facebook dengan topik ‘Jangan Menghina, Jika Sayangkan Allah’.

Sementara itu, perkongsian yang dibuat MK Azman mendapat reaksi pelbagai pihak antaranya barisan selebriti, pendakwah dan artis tempatan antaranya Fizo Omar yang menyampaikan ucapan takziah serta melahirkan rasa simpati.

Allahyarham pernah menjadi pengacara program Haiwan Teladan dan Fiqh Wanita di TV3 dan penyampai radio Ikim FM. – myMetro Online

Kategori