Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Didenda Pakai Kain Sarung,...

KALAU dahulu, kena denda dirotan, ketuk ketampi atau jentik telinga oleh guru merupakan...

Tiada Keretakan Di Jambatan...

GEMAS - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) Datuk Ir Dr Roslan...

Integrasi Ekonomi Di Asia...

KUALA LUMPUR - Integrasi ekonomi di Asia Pasifik adalah mustahil tanpa penyertaan Amerika...

APMM, Agensi Peguat Kuasa...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan akan meningkatkan kerjasama dengan...

Waktu Operasi Kenderaan Dan Pasar Awam Dilanjutkan

PROSEDUR Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadan masih terpakai dan sama seperti bulan sebelumnya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP yang lain tetap sama iaitu orang ramai perlu mematuhi arahan kerajaan seperti sebelum ini.

“Bagaimanapun, mesyuarat hari ini mengambil keputusan untuk membenarkan operasi kenderaan awam dilanjutkan bermula 4 petang hingga 10 malam berbanding sebelum ini 5 petang hingga 10 malam.

“Selain itu, operasi pasar awam juga dilanjutkan bermula 6 pagi hingga 2 petang berbeza sebelum ini setakat 12 tengah hari saja,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, kelonggaran waktu diberikan untuk memudahkan umat Islam membuat persediaan berbuka puasa dan bersahur sepanjang Ramadan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, kenderaan komersial tetap perlu menjalani pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).


“Bagaimanapun urusan ini perlu dibuat dengan membuat temujanji terlebih dulu bagi mengelak kesesakan.

“Terdapat permohonan daripada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Puspakom untuk membuka kaunter bagi membolehkan proses pemeriksaan dan pendaftaran kenderaan persendirian dan perdagangan sepanjang tempoh PKP.

“Proses pendaftaran kenderaan oleh JPJ dan APAD boleh dilaksanakan dalam talian,” katanya.

Kategori