BRAZIL – Veteran Perang Dunia Kedua, Ermando Piveta, 99, menjadi warga Brazil tertua yang pulih daripada wabak COVID-19, semalam.
Dengan memakai topi tentera dan memberi salam sambil duduk atas kerusi rodanya, Piveta meninggalkan Hospital Angkatan Bersenjata di Brazil, dengan tepukan daripada petugas perubatan dan tentera.
“Memenangi pertempuran ini bagi saya lebih besar daripada memenangkan pertempuran ketika perang,” katanya mengenai perjuangannya melawan musuh yang tidak kelihatan.
“Dalam perang, anda membunuh atau hidup. Di sini anda harus berjuang untuk hidup,” tambahnya.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
Piveta adalah leftenan kedua dalam pasukan Tentera Brazil ketika Perang Dunia Kedua dan berkhidmat di Afrika.
Dua minggu lalu, beliau menjalani ujian dan didapati positif COVID-19, dan menghabiskan dua hari di wad rawatan intensif hospital selepas mengalami radang paru-paru.
Tetapi beliau tidak pernah memerlukan ventilator dan pulih kerana bentuk fizikalnya yang baik berikutan latar belakang kehidupan sebagai tentera dan umur panjang dengan diurus oleh keluarganya, kata pengarah hospital itu.
Piveta dibenarkan keluar dari hospital dan menganggap ia sebagai saat yang ‘cerah’ untuknya dalam senario yang semakin ‘gelap’ kerana wabak itu semakin serius melanda Brazil, sepanjang minggu ini.
COVID-19 sudah menjangkiti 25,262 orang dan membunuh 1,532 orang, kata Kementerian Kesihatan, semalam dengan 204 kematian dalam tempoh hanya 24 jam. – Agensi