Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

KAFA Cadang FAM Cuma...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia...

Kerajaan Disaran Laksana Moratorium...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang supaya melaksanakan moratorium secara pukal fasa kedua bagi...

KPWKM Pandang Serius, Siasat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyiasat dan...

Pemuda Cacah Tatu Kalimah...

Kalau atas tiket mempunyai hak kebebasan terhadap tubuh badannya maka manusia boleh buat...

YouTuber Tawar Rp10 Juta Batalkan Puasa Mohon Maaf

JAKARTA – Personaliti YouTuber terkenal, hasanjr11 memohon maaf kepada umat Islam atas tindakannya menawarkan Rp10 juta (RM2,845) kepada individu yang sanggup batalkan puasa demi wang.

Permohonan maaf itu dimuat naik di Instagram miliknya @hasanjr11.

“Saya hasanjr11, mahu minta maaf kepada seluruh masyarakat Islam terhadap satu video YouTube yang tidak sepatutnya berlaku.

“Saya mengakui ia adalah idea gila yang pastinya satu kesilapan. Secara peribadi, perkara itu berlaku adalah kesalahan saya 100 peratus,” katanya.

Memiliki jumlah pengikut seramai 4.9 juta ‘subscribers’, hasanjr11 menjelaskan perkara terkutuk itu tidak akan berulang lagi.

“Saya berjanji ia tidak akan terjadi pada masa hadapan.

“Kejadian ini memberi saya pengajaran cukup bermakna dan saya akan memperbaiki pengisian video kepada lebih baik. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya.


Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Dalam pada itu, video kontroversi yang mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen telah dibuang dari saluran YouTube miliknya.

Sebelum ini, hasanjr11 telah memuat naik video menunjukkan dirinya telah menawarkan makanan segera kepada orang ramai bagi menguji tahap materialistik dan keimanan seseorang.

Adakah orang ramai sanggup membatalkan puasa mereka demi wang.

Sebagai ganjaran, beliau berjanji akan memberi wang bernilai Rp10juta kepada individu tersebut.

Menyifatkan perbuatan hasanjr11 adalah satu penghinaan dalam Islam, netizen mengecamnya dan menjadi perbualan hangat di laman sosial. – Agensi

Kategori